Hello readers,
Selamat berpuasa. dah hari ke
berapa ye puasa? India hari ke-5 sudah. Nak share resepi lagiiiii! hehe,
Bulan-bulan puasa ni, kalaulah terasa nak makan apa-apa, jom bake
sendiri.. Tahulah dekat Malaysia kalau teringin je, senang.. Nak
tunjuk-tunjuk je dekat bazaar ramadhan tu. Sini, kalau dah teringin
sangat tu kan.. Kenalah buat sendiri. uhuk. Nama pun hidup merantau.
Kalau teringin nak makan capati ke tosei bolehlah main tunjuk-tunjuk.
Tapi ape kejadahnya nak teringin makan tosei dengan capati. Muak dah 5
tahun ngadap.
Jom bake Muffin Apple Cinnamon.
Senang nak bake muffin tak leceh nak guna mixer bagai. By hand mixing
pun dah ok. Sebab kalau guna mixer tu, nanti overmix.. then, muffin tak
naik macam muffin, jadi kek. huhu. Konsistensi pon macam bantat dah
jadinya.
BAHAN2:
1 1/4 cwn tepung serbaguna
1 cwn gula halus
4 biji epal hijau (buang kulit,3 biji diparut, 1 biji di dadu kecil)
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cinnamon powder
secubit garam
1 biji lemon- diparut kulit dan ambil jusnya ( takde lemon! den guna lime. tapi tak payahlah amik kulitnya.hehe)
esen vanilla
1/2 cwn corn/vege. oil
1 biji telur- size L
almond nibs @ choc rice
CARA-CARANYA:
1) preheat oven 180 c.
2) ayak tepung,baking powder,cinnamon powder.
3)
pukul telur,minyak,gula,jus lemon & parutan kulitnya,vanilla sampai
sebati then campurkan dengan bahan-bahan kering yang dah di ayak tadi
4) lastly, masukkan parutan/potongan epal dan kacau rata.
5) letak dalam acuan muffin dan di tabur dengan almond nibs di atasnya atau choc rice.
6) kemudian bakar dlm preheated oven pada suhu 180 c selama 20-25 minutes atau sehingga kelihatan golden brown..
* ada yang aku bake plain. so
tak letak apa-apa hiasan atasnya.. Then bila nak serve, aku letakkan
sedikit yogurt + choc rice. memang best! sebab masam-masam plus
manis-manis epal.
* nak tahu tips bake muffin? KLIK SINI ye.
Epal Hijau 4 biji
bahan-bahan basah dicampur dengan bahan-bahan kering
Epal yang dikisar atau diparut
Hasil campuran
Letak dalam bekas muffin
Selepas masak, menjadi gebussss!
Lepas bake, boleh letakkan sedikit yogurt dan hias!
masam-masam manis memang sedap!
Kalau tadi bake plain, yang ni letak hiasan sikit.
selepas bake!
p/s: selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment