Friday 15 November 2013

KUIH CARA MANIS

salam semua,


tepat pukul 10.30 malam semalam. aku dengan pipa takde keja.saje test skill memasak kuih2 tradisional.cewah.. haha.. padahal senang je pon nak buat kuih ni.

aku ngidam lah.


 tayang awal-awal gambar.hehe


mak aku kata, baguslah.ngidam tak dapat beli.. belajar buat.

persediaan untuk kahwin.lol.


RESEPI

1 cawan tepung gandum*
1 cawan susu ( nak sedap guna santan lagi best )*
1 biji telur*
sedikit garam*
sedikit gula*
pewarna hijau*
2 sudu minyak masak*
minyak secukupnya
gula secukupnya


CARA-CARANYA:

1) campurkan semua bahan-bahan bertanda * dan kacau.. nak lagi senang..sila blender kesemuanya sehingga sebati..




2) panaskan acuan dengan api yang kecil.. sapukan sedikit minyak pada lubang-lubang acuan.
3) tuangkan bancuhan tadi ke dalam lubang acuan



4) masukkan sedikit gula ke di tengah-tengah setiap bancuhan tadi ( setiap lubang acuan )
5) tutup acuan tadi dengan penutup periuk dan biar hingga masak.



agak buruk sikit rupanya.


bolehlah korang cuba. kalau ada cetak dah siap. kalau takde, nak guna pencetak kuih bahulu pun layan je lah..



p/s:  sedap tak tipu..

No comments:

Post a Comment