Kek ni senang sebab tak perlu
susah-susah ada mixer bagai, hanya letakkan bahan basah dalam satu bekas
besar dan bahan kering dalam satu bekas besar, kemudian campurkan
kedua-duanya dan gaul/kacau sampai sebati. Itu je. senangkan. Kek ni
memang faveret aku sebab senang nak buat, disaat mengidam nak makan kek
tu kan, campur-campur, kacau-kacau.. masuk oven siap! Sudahlah
supermoist. Moist mungkin sebab ada pisang, susu dan vegetable oil tu.
Bancuhan ni memang banyak. Kalau tak nak banyak buatlah half je bancuhan
tu ye...
RESEPI
2 cawan gula (400gm)
1 3/4 cawan tepung (245gm)
3/4 cawan serbuk koko (75gm) - ayak
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
2 biji pisang besar ( 1 cawan pisang yang sudah dilenyek)
1 cawan air suam/panas (240ml)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar (120ml)
1/2 cawan minyak sayur (120ml)
CARA-CARANYA:
1) Preheat oven 175 celcius
2) Lenyek pisang dalam satu mangkuk, kemudian campurkan gula dan kacau sampai sebati.
3) Dalam satu bekas lain, pukul 2
biji telur sampai kembang. Kemudian campurkan pisang yang dah dilenyek,
minyak sayur, susu segar, esen vanilla dan air suam/panas. Kacau sampai
sebati menggunakan senduk.
4) Dalam satu bekas lain, campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Kacau sampai sebati.
5) Buat lubang di tengah-tengah
bahan kering, tuangkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bekas berisi
bahan kering. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk supaya sebati
dan tak berketul-ketul.
6) Sapukan minyak/butter pada
permukaan loyang dan tuangkan bahan-bahan tadi. Masukkan ke dalam oven
pada suhu 175 darjah celcius selama 35-40 minit.
Pisang dilenyek
Bahan-bahan kering setelah dikacau sebati
Selepas telur dipukul sampai kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi.
Hasil bancuhan bahan basah dan bahan kering.
Selepas dibakar
Yang ni kek yang entah kali keberapa buat. Sebab pukul telur dahsyat sangat, naik semua telur tu. haha.. Garing betul atas tu.
Oh
yeah, fresh cream ni aku guna buat topping. Birthday kawan aku, nak
buat topping senang, aku bancuhkan fresh cream (tapis sekejap) dengan
serbuk koko untuk buat hot chocolate tu. Aku malas nak buat topping
pakai chocolate + butter semua tu. tu yang senang je pakai macam ni.
Tapi siapa yang nak buat topping sedap boleh guna resepi bawah ni eh.
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula halus
75ml susu segar
160gm dark chocolate / coklat masakan
50gm butter
* cairkan dark choc dan butter. Kemudian campurkan bahan-bahan yang lain. kacau sampai sebati.
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula halus
75ml susu segar
160gm dark chocolate / coklat masakan
50gm butter
* cairkan dark choc dan butter. Kemudian campurkan bahan-bahan yang lain. kacau sampai sebati.
terbalikkan kek
sapu topping
then hiaslahhhh.hehe.ikut kreativiti.
Hampir habis.
Kek ni sejukkan dalam peti ais lagi sedappppppp! moist gilaa.
p/s: Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment